Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Pada 29 Januari 2011, Unit Kokurikulum Sutas telah menjalankan Kejohanan Road Run peringkat sekolah yakni kejohanan tetap yang akan dijalankan setiap tahun. Jutaan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa kejohanan yang tidak henti-henti mengerah keringat untuk mencapai impak positif terutamanya kepada En. Shabul Fadilah dan En. Roslan Jaafar selaku setiausaha dan naib setiausaha unit sukan.
Kejohanan road run yang bermula pada jam 7.30 pagi itu telah disertai oleh 5 buah rumah sukan iaitu rumah merah, kuning, hijau, ungu dan biru. Sambutan yang diterima juga amat menggalakkan dan boleh dilihat para pelajar bersaing secara positif untuk menempatkan diri mereka dalam kalangan yang terbaik. Semangat yang ditunjukkan oleh para guru juga amat mengujakan dengan teriakan sokongan padu, perang psikologi dan sebagainya.
Setelah penat bersaing dan kiraan markah diambil, tibalah masa untuk mengumumkan para pemenang Kejohanan Road Run Sutas 2011. Perasmian penutup dan upacara penyampaian hadiah dilancarkan oleh Tuan Pengetua, Tuan Hj. Arbain Bin Pinni. Tahniah kepada RUMAH HIJAU kerana telah berjaya merangkul piala kejuaraan kejohanan kali ini!








